Antarabangsa

162 Bangunan Sekolah Gaza Terjejas Akibat Serangan Berterusan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 15 Februari 2024 – Sebanyak 162 bangunan sekolah di Semenanjung Gaza terjejas akibat serangan berterusan Zionis Israel, menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, memetik kepada laporan Yeni Şafak.

“Rakan kerja kemanusiaan yang bekerja dalam pendidikan telah menganalisis imej satelit untuk menilai kerosakan kepada sekolah di seluruh Gaza.”

“Penilaian mereka mendapati 162 bangunan sekolah telah terjejas secara langsung, mewakili hampir 30 peratus daripada jumlah keseluruhan 563 bangunan sekolah di Gaza,” katanya sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya 26 daripada bangunan-bangunan tersebut telah pun musnah.

Ujarnya lagi, “Kira-kira 175,000 pelajar dan lebih 6,500 guru telah mengalami sekolah mereka terkena serangan secara langsung dalam situasi konflik. Sekurang-kurangnya 55 peratus sekolah di Gaza memerlukan sama ada pembinaan semula sepenuhnya atau pemulihan besar-besaran.”

Beliau yang turut diajukan pertanyaan sama ada Zionis Israel “sengaja” menyekat bantuan kemanusiaan di Gaza berkata, penghantaran barangan kemanusiaan adalah “sangat tidak mencukupi” berikutan keadaan yang jauh di luar kawalan PBB.

Untuk rekod, serangan Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober tahun lalu telah membunuh sekurang-kurangnya 28,473 mangsa dan mencederakan 68,146 yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: