Antarabangsa

Sultana Tafadar: Peguamcara Jenayah Bertudung Pertama Dilantik Jadi Peguam Diraja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 11 April 2022 – Sultana Tafadar menjadi peguamcara jenayah bertudung pertama dilantik menjadi Peguam Diraja, ‘Penasihat Baginda Ratu Permaisuri yang dipelajari dalam undang-undang’, sebuah jawatan tertinggi dalam profesion peguam.

Sebelum Sultana, belum ada lagi peguamcara jenayah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Diraja.

“Terdapat cabaran di mahkamah, terdapat cabaran di tempat kerja saya sebelum ini, tetapi saya gembira untuk mengatakan bahawa adalah mungkin untuk mengatasi cabaran tersebut dan adalah mungkin – dengan peluang yang ada – untuk bersinar,” kata beliau yang juga merupakan wanita bertudung pertama dilantik menjadi peguamcara jenayah.

Menyentuh mengenai kesukaran yang dihadapi oleh wanita bertudung di Eropah, Sultana, yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Hak Asasi Manusia Antarabangsa dari Universiti Oxford berkata, ia merupakan satu diskriminasi terutama apa yang dihadapi mereka di Perancis.

Beliau kini merupakan antara mereka yang sedang mengambil tindakan undang-undang bagi menamatkan pengharaman bertudung di Perancis.

Dilaporkan, beliau akan membawa perkara ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini dan berhujah bahawa kerajaan Perancis melanggar undang-undang antarabangsa.

“Perancis mahu mengenakan pelbagai bentuk larangan bertudung dan itu adalah sama dengan diskriminasi jantina, diskriminasi kaum dan diskriminasi agama.”

Peguam Diraja (QC) adalah seseorang peguamcara atau peguambela yang diiktiraf kecemerlangannya dalam advokasi. Mereka sering dilihat sebagai pemimpin dalam bidang undang-undang dan biasanya mengambil kes yang lebih kompleks yang memerlukan tahap kepakaran undang-undang yang lebih tinggi.

Laporan daripada Majlis Agung Badan Peguam mendapati bahawa, sebelum pelantikan Sultana Tafadar, hanya 31 orang wanita berkulit hitam, Asia atau wanita warisan etnik campuran daripada kira-kira 2,000 calon dilantik menjadi Penasihat Diraja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: