Tempatan

Pengiktirafan UEC Bukan Keutamaan – Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak melihat pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) sebagai satu keutamaan.

“Sehingga kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan KPM tidak melihat isu berbangkit tentang perkara itu sebagai keutamaan,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menjawab kepada Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang).

BACA JUGA: Kerajaan Bakal Bincang Isu Pampasan Untuk Penternak Babi Terkesan Wabak ASF

Sebelumnya, beliau diajukan pertanyaan oleh Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang berhubung apakah pendirian Kementerian terhadap pengiktirafan UEC serta permohonan untuk menginstitusikan peruntukan kepada SMPC.

Menurut Fadhlina, pendirian tersebut adalah berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sentiasa menjadi pegangan KPM.

BACA JUGA: Pembantu MP ‘Dihalau’ Keluar, Pakai Skirt Pendek Terbelah Ke Parlimen

Menyentuh kepada isu peruntukan, beliau berkata KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institusi pendidikan Kerajaan dan bantuan Kerajaan sahaja.

“Dalam konteks ini, SMPC bukan sebahagian daripada institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta 550,” jelas beliau dengan lebih terperinci.

BACA JUGA: 5 Maut Diserang Rejim Zionis, Syria Minta Bantuan Dunia Untuk Hentikan

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pihak KPM tiada obligasi untuk memperuntukkan mahupun menginstitusikan sebarang sumbangan modal atau sumbangan bantuan penuh kepada SMPC.

Terdahulu, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) pernah meminta agar perkara mengenai pengiktirafan UEC dibincangkan secara rasional memandangkan ia melibatkan isu akademik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: