Antarabangsa

Mukaab, ‘Kaabah Hiburan’ Putera Mahkota Saudi Dikritik Ramai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 20 Februari 2023 – Pembinaan Mukaab, sebuah seni bina gah rancangan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman (MBS) telah mengundang kritikan ramai pihak sekali gus didakwa bakal menjadi ‘kiblat hiburan’.

Setelah negara itu melancarkan pelan seni bina berkenaan pada Khamis lalu, ramai pihak meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap berita tersebut di laman media sosial, Twitter.

BACA JUGA: Turkiye Tamat Operasi SAR, Kecuali Dua Wilayah

Seorang pengguna mempersoalkan bentuk kubus yang dipilih, katanya, “Adakah dia mahu mencipta kiblat hiburan (menghala ke arah Kaabah) untuk dipadankan dengan kiblat agama?”

Pengguna lain pula berkata, “Ini adalah pilihan yang pelik atau hanya bagi saya? Mukaab baru, seperti Kaaba tapi mempunyai tempat beli-belah…?”

BACA JUGA: Kerajaan Bakal Bincang Isu Pampasan Untuk Penternak Babi Terkesan Wabak ASF

Ujar pengguna lain, “Mohammed bin Salman akan membina Kaabah Jahiliah di Riyadh. Dalam Kaabah ini dia akan meletakkan berhala Zionisme dan Kapitalisme.”

Sementara itu, pengkritik juga mendapati bahawa struktur binaan mega berbentuk kubus itu dilihat terlalu hampir menyerupai Kaabah, iaitu tapak paling suci serta kiblat bagi umat Islam. Ia akan dibina di ibu kota Mekah, Riyadh menjelang akhir dekad ini.

BACA JUGA: Pembantu MP ‘Dihalau’ Keluar, Pakai Skirt Pendek Terbelah Ke Parlimen

Pembangunan projek merupakan sebahagian daripada rancangan mewujudkan ‘pusat bandar terbesar dan moden di dunia’ serta akan diketuai oleh MBS sendiri. Ia menempatkan lebih 100,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel dan 1.4 juta meter persegi ruangan pejabat serta puluhan tempat hiburan dan kebudayaan.

Mengulas lanjut, Mukaab adalah projek terbaru dalam siri projek seni bina bercita-cita tinggi di negara berkenaan selepas bandar mega NEOM. Sebelum ini, NEOM juga menerima kritikan daripada kumpulan hak asasi manusia, selepas puluhan penduduk suku tempatan yang menetap di tapak pembinaan dipenjara akibat membantah pembinaan projek tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: