Tempatan

PdPR: Wujudkan 1 Darjah 1 Saluran TV – Mutalib Uthman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Mutalib Uthman mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan satu saluran baru TV Pendidikan yang diselaraskan mengikut setiap peringkat umur persekolahan.

“Dia macam ini. Kerajaan ada channel TV. Buka channel baru untuk TV Pendidikan. 1 darjah kau bagi 1 channel. Panggil mana-mana cikgu yang handal mengajar, shoot depa tengah mengajar dengan fun. Bagi produksi yang dah sedia maklum power untuk buat.”

Perkara ini disuarakan selepas melihat kepada kesukaran yang dihadapi oleh murid dan guru yang terlibat dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam cadangannya itu, Mutalib menyatakan, kerajaan boleh menyusun jadual siaran setiap subjek seperti jadual waktu di sekolah bagi memudahkan pelajar menonton dan untuk guru menyusun jadual latihan kerja sekolah.

“Susun jadual tayangan ikut subjek sebiji macam jadual waktu sekolah. Bahasa Melayu pukul 8-9 pagi, 11-12 Sains, misalnya. Ada gap sejam untuk anak-anak buat preparation next subjek. Cikgu pun boleh bagi kerja sekolah time gap itu.”

“Jadinya, bila dah ada jadual tetap, anak murid satu Malaysia boleh tercongok depan TV ikut jadual yang telah disediakan. Satu Malaysia murid Darjah 2 misalnya, akan belajar Bahasa Melayu pada pukul 8-9 pagi, hari Isnin. Kalau tak ada TV, tumpang rumah jiran. Kongsi tengok. Selaraskan.”

Malah, menurut pengasas DuBook Press Sdn Bhd itu juga, kerajaan boleh membuat siaran ulangan di sebelah malam agar ibu bapa yang bekerja atau terlepas waktu siaran tontonan dapat menontonnya.

“Buat juga siaran ulangan belah malam, macam Astro dok selalu buat. Jadi mak bapak balik kerja, boleh lah kot-kot nak tengok apa anak belajar tadi. Kalau anak tak faham, boleh mak bapak terangkan.”

Menurut Mutalib, dia tidak faham mengapa kerajaan tidak boleh melaksanakan strategi yang memudahkan semua yang terbabit dalam PdPR ini kerana pandemik Covid-19 bukannya baru berlaku.

“Covid-19 bukannya baru semalam ada. Takkan benda mudah macam ini pun tak boleh nak fikir?”

Pihak Samudera.my cuba untuk menghubungi Mutalib Uthman bagi mendapatkan pandangannya yang lebih lanjut, namun tidak berjaya sehingga ke hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: