Tempatan

Bilakah Sekolah Persendirian Cina Akan Mendapat Peruntukan Kerajaan? – Nga Kor Ming

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 12 April 2022 – Ahli Parlimen Teluk Intan (DAP) YB Nga Kor Ming baru-baru ini bersuara membangkitkan persoalan mengenai bilakah sekolah persendirian Cina akan mendapat peruntukan daripada kerajaan.

Beliau melontarkan persoalan sedemikian selepas selesai melakukan lawatan ke SMJK (Persendirian) San Min di Teluk Intan. Dalam lawatan itu, beliau turut menwar-warkan mengenai peruntukan sebanyak RM50,000 kepada sekolah berkenaan dalam masa yang terdekat.

Selain itu, Nga Kor Ming turut mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan mengingatkan beliau agar tidak mengabaikan tanggungjawabnya.

“Pada 23 September, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa peruntukan RM15juta akan disediakan untuk 63 buah sekolah persendirian Cina,” kata Presiden Dong Zong Tan Tai Kim.

Menurut laporan portal berita Melayukini, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina di seluruh Malaysia dan telah disahkan oleh Dong Zong serta Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon.

“Sekolah menengah persendirian Cina merupakan sekolah vernakular swasta bawah kelolaan Dong Zong dan mengamalkan sistem sijil UEC,” lapor berita Melayukini.

Namun demikian, ketika menjawab soalan dalam Dewan Rakyat, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin telah menafikan perkara tersebut.

“Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) ini adalah sekolah persendirian dan Kementerian Pendidikan tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan kepada sekolah persendirian,” ujar Datuk Dr Mohd Radzi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: