Tempatan

Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 30 Januari 2022- “Pihak sekolah Cina ini pernah menolak 1,208 guru yang mempunyai opsyen Bahasa Melayu daripada pelbagai kaum ke sekolah Cina, sebaliknya pengurusan sekolah berkenaan membuat pengambilan secara ‘walk in’ dalam kalangan kaum mereka.”,ulas Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Datuk Abdul Raouf Husin.

Berlaku dalam satu situasi di mana sekolah Cina ini pernah bertindak ‘derhaka’ apabila enggan menerima guru baharu yang merupakan pilihan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masuk ke sekolah berkenaan.

BACA: Cina Generasi Ketiga Layak Diiktiraf Bumiputera – ADUN DAP Sarawak
BACA: 25% Drop-Out Sekolah Vernakular Cina, Ramai Sertai Jenayah
BACA: Hapuskan Sekolah Cina Lebih Penting Dari Hapuskan Gerakan Komunis, Bagi Lee Kuan Yew

Beliau mendakwa pemikiran dan sikap tidak mahu hidup bersama pelbagai kaum ini jelas menunjukkan mereka tidak mahu membuka tembok seolah-olah mahu kekal hidup sesama sendiri.

“Keadaan itu dilakukan semata-mata mahu mengekalkan sekolah Cina dikuasai oleh kaum mereka sahaja dengan tidak memberi peluang kepada pihak lain memasuki institusi berkenaan.” jelas Presiden PPPPPM itu mengenai sikap keterlaluan pihak berkenaan.

Beliau turut mengatakan sikap mementingkan diri ini hanya akan lebih merosakkan kualiti Bahasa Melayu kerana para pendidik subjek tersebut bukan datang dari kalangan individu yang terlatih.

Datuk Abdul Raouf Husin mendakwa golongan ini terlalu mengutamakan kaum mereka apabila sanggup menolak seorang guru besar sekolah Cina di Perak semata-mata kerana tidak memiliki Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan asas pendidikan sekolah Cina sehingga guru tersebut dipindahkan serta digantikan dengan calon lain yang memiliki kelayakan dimahukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: