Tempatan

Malapetaka Besar Jika Kerajaan Iktiraf UEC – Ridhuan Tee

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 September 2021 – Malapetaka besar dalam kehidupan bernegara akan berlaku jika kerajaan tunduk kepada desakan untuk mengiktiraf UEC, kata Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Ini dapat dilihat daripada sejarah pimpinan pertubuhan yang mengelolakan UEC.

“Kalau kita tengok dari segi sejarahnya sekalipun, pertubuhan rasis ini pimpinan asalnya pun, perjuangannya yang rasis, sangat bersifat perkauman, langsung tidak mahu bertolak ansur.”

Bukan itu sahaja, kerajaan juga membuat keputusan yang tidak adil kepada rakyat dan bangsa Cina itu sendiri jika mengiktiraf UEC.

“Sesuatu sistem yang berasaskan kaum, sijil yang tidak mahu bersama dengan aliran kebangsaan yang ada dan hari ini kita nak iktiraf dia sama seperti sijil aliran kebangsaan, kita membuat keputusan kita tidak pernah berlaku adil kepada rakyat negara kita dan juga kepada orang Cina itu sendiri.”

Justeru, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, Profesor Jabatan Pengajian Malaysia, Kemasyarakatan dan Keusahawanan Pusat Pengajian Teras UniSZA ini mahu kerajaan bertegas dan tidak tunduk kepada sebarang desakan untuk mengiktiraf UEC.

“Keluarga Malaysia adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan berpaksikan kepada Perlembagaan dan Rukunegara.”

“Kita tidak mahu dengar lagi apabila sesuatu tuntutan tidak dipenuhi, maka kita kata, inilah bertentangan dengan Keluarga Malaysia. Apabila disebut macam itu, pemimpin negara kitapun jadi lembik, memang benar bertentangan dengan Keluarga Malaysia.”

Kenyataan ini disampaikan beliau dalam Pidato Pertiwi bertajuk ‘UEC Barah Perpaduan’ yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi pada 18 September lalu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button