Tempatan

Isu Cikgu Fadli: Tular Rakaman Perbualan PM Dengan KP Pendidikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 –Terbaru tular satu rakaman perbualan antara Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan Ketua Pengarah Pendidikan.

Video berdurasi 1 minit itu dirakam ketika beliau menghadiri program Moh Ngeteh Bersama Masyarakat India Parlimen Bera pada Ahad lalu.

@mtnews.my PM bagi arahan jangan gantung Cikgu Fadli #cikgufadli #kpm #kppendidikan #ppdgom #isurakyat #malaysiatrendingnews ♬ original sound – mtnews.my

Berdasarkan rakaman itu, beliau mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan agar mengambil pendekatan sewajarnya agar isu itu tidak berlanjutan.

“Saya tak nak orang awam fikir macam-macam.”

“Bertindak memberi amaran tu perkara biasa lah. Asalkan jangan gantung, buang dan sebagainya.”

Sebelum ini, samudera.my melaporkan isu tular di laman sosial berkenaan seorang cikgu, Mohd Fadli bin Mohamed Salleh yang menerima surat ‘Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat’ dari Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung satu laporan yang diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa beliau telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap cikgu tersebut.

Terkini, sebuah petisyen dilancarkan bagi menuntut keadilan untuk Cikgu Fadli.

Petisyen bertajuk ‘Petisyen Tuntut Keadilan Untuk Cikgu Fadli Salleh’ kini mencecah hampir 50,000 sokongan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: