NGO

Anak Kami Bukan Tikus Makmal – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2022 – “Selamatkan anak kita, anak kita bukan tikus makmal,” tegas aktivis, Cikgu Izzat Johari, menyuarakan sokongan terhadap seorang guru yang bakal dikenakan tindakan tatatertib selepas bersuara membela nasib anak-anak murid zaman kini.

“Sekali lagi sejarah tahun 2015 berulang lagi pada tahun ini apabila ada seorang guru yang lantang bakal dikenakan tindakan tatatertib samada dibuang kerja atau turun pangkat.”

Menurut Cikgu Izzat Johari dalam Facebooknya, dunia pendidikan Malaysia sekali lagi melalui zaman kegelapan susulan tindakan yang dikenakan Kementerian Pendidikan terhadap seorang guru.

“Sekali lagi negara digemparkan dengan isu pendidikan Malaysia yang semakin parah. Saya secara peribadi memang sedih dengan apa yang berlaku terhadap institusi pendidikan negara semakin lama semakin lemah, dan semakin lama semakin taring kuku besinya,” kata beliau yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia.

“Apa yang berlaku pada diri saya pada 2012 hingga 2015 cukup-cukup memedihkan dan menyedihkan lagi, apabila saya juga telah dibuang kerja ketika itu semata-mata nak memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang baik daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga, akhirnya PMR dimansuhkan dan ditukarkan dalam tempoh 43 hari sahaja kepada PT3, dan akhir sekali, PT3 juga telah dimansuhkan.”

Justeru, Cikgu Izzat menyeru kepada rakyat Malaysia untuk bangkit memberi sokongan kepada golongan guru yang bersuara membela nasib anak-anak sekolah zaman kini.

“Ini adalah suara pendidikan, tidak ada campur aduk dengan politik, kerana politik juga yang telah membuat onar dalam dunia pendidikan Malaysia.”

“Saya tidak akan membenarkan sekali lagi apa yang berlaku ke atas diri saya berlaku kepada seorang guru yang sedang menempuh cabaran lebih kurang sama dengan saya,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: