Tempatan

Saiz Kabinet Elok Ikut Nisbah Penduduk Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 November 2022 – Pembentukan Kabinet berdasarkan nisbah saiz penduduk Malaysia adalah lebih ideal sekiranya Perdana Menteri hendak mengecilkan jumlah anggota Jemaah Menteri.

“Saya melihat Kabinet yang ideal perlu berdasarkan saiz negara itu sendiri namun untuk melaksanakan perkara terbabit, kajian perbandingan perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk memastikan nisbah anggota Kabinet di Malaysia dilihat lebih rasional.”

“Jadi saya berpandangan Perdana Menteri perlu melihat kepada nisbah dalam konteks negara maju seperti Korea Selatan dan Jepun dari segi berapa jumlah anggota Kabinet mereka dan sebagainya,” kata Penganalisis Politik dari Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim adalah seeloknya lebih kecil bagi mewujudkan perbezaan dengan pentadbiran sebelum ini.

Kelmarin, Anwar Ibrahim telah berikrar bahawa saiz Kabinet di bawah pimpinannya akan kecil berbanding Kabinet yang dipimpin oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Ismail Sabri juga pernah berikrar untuk mengecilkan Kabinet sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: