Kes Penghantar Makanan Dipotong Gaji, Menteri Arah Kementerian Siasat Segera
PUTRAJAYA, 12 April 2023 – Ekoran tular kes penghantar makanan dipotong gaji baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia mengarahkan pihak Kementerian menjalankan siasatan dengan kadar segera.
“Saya ambil maklum dan telah mengarahkan Pegawai saya untuk menghubungi pihak @foodpanda_my untuk menyiasat dan selesaikan isu ini dengan segera,” tulis Menteri Sumber Manusia, Sivakumar A/L Varatharaju Naidu di laman Twitternya semalam.
Menurutnya, pegawai di Kementerian akan berhubung dengan syarikat penghantar makanan berkenaan untuk melakukan siasatan lanjut mengenai isu ini.
BACA JUGA: Op Bersepadu JPJ Dilaksana Seluruh Negara Sempena Aidilfitri
BACA JUGA: 2 Warga Indonesia Larikan Diri Dalam Perjalanan Ke Penjara Kini Diburu
BACA JUGA: Sulu: Fuad A Kiram Diklasifikasikan Pengganas
Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang penghantar makanan meluahkan kekesalannya terhadap syarikat, yang dikatakan telah menggantung ID serta membayar gaji kurang daripada yang sepatutnya diterima.
Kepada Foodpanda…..aku cakap sekali ni aje elok-elok……kau pulang balik duit budak ni diam-diam dan jangan kacau dia lepas ni.
Tak kisah la apa pun…kau pulang balik duit dia tu..
Kesian aku tengok dia nak raya raya ni menangis merayu untuk RM300 yg dia amat perlukan tu pic.twitter.com/30sRyBpdsm
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 9, 2023
Rakaman tersebut mendapat lebih 1.9 juta tontonan dan rata-rata netizen turut mendoakan serta membantu dengan memberikan sedikit sumbangan.