Tempatan

Taman Eko Rimba Selangor Ditutup 3 Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 18 Oktober 2022 – Lima Taman Eko Rimba sekitar Selangor akan ditutup kepada pengunjung awam mulai 1 November ini sehingga 31 Januari tahun depan.

Menerusi laman Facebook, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan notis tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga kejadian kepala air berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada para pengunjung.

Menurutnya, lima Taman Eko Rimba terbabit adalah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Sungai Tekala, Sungai Sendat, Gunung Nuang dan Komanwel.

Sebelum ini, dalam notis berasingan JPNS memaklumkan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal negeri ini ditutup kepada pengunjung berikutan musim tengkujuh.

Penutupan itu berkuat kuasa seiring penutupan Taman Eko Rimba iaitu mulai 1 November ini sehingga 31 Januari tahun depan.

Orang ramai dinasihatkan mengikut arahan pihak berkuasa dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: