Tempatan

Tindakan Tatatertib Oleh KPM Adalah Wajar – Pensyarah UKM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2022 – Susulan kes cikgu Fadli yang dikatakan bakal menerima tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapat perhatian seorang pensyarah UKM dengan mengatakan bahawa tindakan yang diambil terhadap guru tersebut adalah sesuatu yang munasabah.

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berpandangan, keputusan KPM itu adalah wajar kerana guru berkenaan ingin meluahkan ‘isi hati’ sebagai seorang pendidik di negara ini.

“Pandangan golongan pendidik sepatutnya diambil serius kerana golongan tersebut lebih tahu masalah sebenar,” ujarnya menurut sebuah laporan media.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, akta sedia ada yang menyekat golongan pendidik dari menyuarakan pandangan sehingga mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja perlu dikaji semula agar buah fikiran mereka juga diambil untuk kebaikan sektor pendidikan negara.

“Di sini kita lihat terdapat akta yang mengekang guru sebagai penjawat awam memberi pendapat, sekiranya diubah mungkin itu memberi ruang sedikit nafas untuk penjawat awam memberikan pandangan.”

“Bagi saya, mungkin perlu dikaji semula akta ini untuk melihat sejauh mana batas peraturan sedia ada memberi kebebasan kepada penjawat awam untuk memberi pandangan kepada apa-apa dasar dibuat Kerajaan.”

Sebelum ini, samudera.my melaporkan tindakan tatatertib yang akan diambil KPM dengan membuang seorang guru dari profesionnya atau diturunkan pangkat kerana dikatakan telah melanggar tatakelakuan yang ditetapkan.

Beliau yang memperjuangkan nasib para pelajar di negara ini dikatakan perlu menggunakan saluran yang betul dan bukannya di laman sosial Facebook.

“Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN,” jelas guru tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali tampil dalam satu kenyataan balas memaklumkan, Cikgu Fadli masih belum dijatuhkan hukuman dan pihak Lembaga Tatatertib telahpun menerima surat representasinya pada 14 Oktober 2022.

Oleh itu, bagi mengambil tindakan lanjut berkenaan isu ini, Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang pada hari ini, Isnin 17 Oktober 2022.

Prosedur tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan ianya diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: