Tempatan

Pembantu MP ‘Dihalau’ Keluar, Pakai Skirt Pendek Terbelah Ke Parlimen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Seorang wanita dipercayai pembantu kepada Ahli Parlimen dari Sarawak ‘dihalau’ keluar dari Parlimen kerana memakai memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.

Menurut laporan portal tempatan, wanita yang pertama kali hadir ke Parlimen itu ditegur seorang lelaki yang berjawatan dipercayai Ketua Keselamatan Parlimen.

BACA JUGA: Jenazah Lelaki Didakwa Bukan Islam, MAIS Tunggu Keputusan Rayuan Mahkamah

BACA JUGA: Melayu Dominasi Sektor Awam: Swasta Tak Bagi Peluang Kata Tun M

BACA JUGA: Kerajaan Madani Digesa Perketat Undang-Undang Jenayah Liwat

Beliau turut meminta wanita itu keluar dari bangunan Parlimen kerana berpakaian tidak mematuhi kod etika ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen.

Tetapi wanita itu diberi pilihan untuk menukar skirt yang dipakainya jika mahu kekal berada dalam bangunan Parlimen.

Mengikut garis panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia, pakaian yang dibenarkan bagi wanita ialah gabungan 2-pieces/3-pieces suit yang terdiri daripada: Kot, Kemeja, Skirt bawah paras lutut/skirt labuh, seluar panjang, sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan.

Sementara pilihan warna pula hendaklah membabitkan warna sut skirt/seluar panjang digalakkan warna hitam atau gelap.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: