Tempatan

Negara Bertanggungjawab Melindungi Komuniti Transgender – Afiq M Noor

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 – “Dalam sebuah negara yang Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertingginya dan menjamin hak dan kebebasan individu tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan gender. Perlindungan kepada komuniti transgender adalah wajib dan menjadi tanggungjawab negara.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Afiq M Noor dalam akaun twitter peribadinya pada Isnin lalu.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mempunyai Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi haruslah memberi perlindungan ke atas hak dan kebebasan semua orang.

Tegasnya, perlindungan tersebut adalah tanggungjawab negara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan gender termasuk komuniti transgender.

Sebelum ini, Afiq M Noor juga pernah menyuarakan bahawa kebebasan individu di bawah Perlembagaan perlu diinterpretasikan secara luas sehingga menjamin hak semua orang termasuk golongan LGBT.

Leave a Reply

Back to top button