“Muslim Malaysia Ni Bodoh Sangat Ke?” – Afiq MNoor
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 02 November 2021 – “Waktu beria-ria nak minta sokongan RUU355 apa katanya? Undang-undang ini takkan bagi kesan kepada non-Muslim. Muslim tak minum arak. Timah ni untuk non-Muslim. Jadi biarlah dia nak minum jenama apa pun. Muslim Malaysia ni bodoh sangat ke?” tempelak Afiq MNoor dalam laman Twitter miliknya.
Afiq MNoor yang merupakan Pegawai Undang-Undang SUHAKAM memuatnaik ciapan bernada keras demikian sebagai respon kepada ciapan pengguna Twitter @GoogleTraveller yang menyatakan perbuatan membandingkan arak dengan coklat, susu dan sebagainya adalah kebodohan sebenar dalam mempertahankan jenama arak.
“Kebodohan sebenar adalah membandingkan dadah arak dengan coklat, susu dan sebagainya untuk mempertahankan jenama arak. Untuk mengabsahkan lagi kebodohan dan kebebalan golongan-golongan sedemikian yang berselindung di sebalik coklat, susu dan sebagainya adalah mereka tak kisah soal penjualan arak secara berleluasa,” kata pemilik akaun Twitter terbabit.
Susulan isu arak keluaran tempatan dengan memakai jenama ‘Timah’ dan imej lelaki berkopiah, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Luqman Hj Abdullah mengeluarkan pendapat penggunaan nama mirip nama wanita Melayu Islam itu menimbulkan persepsi seolah-olah ada agenda tersembunyi seperti ingin menormalisasi budaya arak dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim.
Senada dengan Dr Luqman, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kemunculan wiski buatan Malaysia yang bernama Timah itu sangat memalukan dan satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan mengaitkan dengan nama Melayu dan Islam (Timah yang disingkatkan dari Fatimah).