Tempatan

Teks BM Perlembagaan: Perlu Dibuat Dengan Penuh Hati-Hati – Dato’ Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – “Umat Islam di Negara ini disarankan supaya perlu lebih prihatin akan kedaulatan Islam yang selama ini terselindung,” tegas bekas Peguam Kanan Persekutuan berpengalaman selama 25 tahun, Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa.

Beliau turut menyarankan agar umat Islam berwacana secara meluas untuk memahami dan menegaskan prinsip-prinsip Perlembagaan supaya Agama Islam tidak dianggap hanya sekadar Agama Rasmi kerana Malaysia pernah dianggap Negara sekular berdasarkan Perkara 3(4).

Menurutnya, beliau bukanlah membantah sebaliknya menyatakan kekhuatiran kerana ada beberapa artikel dalam teks Bahasa Melayu tidak menepati maksud dalam Bahasa Inggeris contohnya Perkara 3(4) dan selain turut berkeperluan untuk dibantah jika merendah-rendahkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau, ada keperluan penting menyusun ayat yang tegas memartabatkan Islam adalah Agama Negara. Hal tersebut kerana, Perkara 3 ini TIDAK sama sekali terjejas oleh mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan.

Beliau berkata demikian ketika membicarakan isu berkaitan teks sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Inggeris yang akan ditukar kepada teks sahih Bahasa Melayu.

Menurut Profesor Industri di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini lagi, beliau bagaimanapun menyambut baik saranan bagi mensahihkan teks Perlembagaan Persekutuan ke Bahasa Melayu menggantikan Bahasa Inggeris sebelum ini.

Jelasnya, memang perkara itu sepatutnya dibuat lama dahulu dan ia mesti dilakukan dengan teliti agar terjemahannya tidak lari daripada maksud asal teks.

“Bukan saya tidak bersetuju, tapi banyak prinsip-prinsip penting mesti diperbetulkan dulu. Jangan biar puak sekular saja memonopoli sebaliknya umat Islam mesti bertegas,” katanya.

Dalam pada itu, usaha yang baik ini turut disokong oleh banyak pihak termasuk peguam dan NGO Melayu beragama Islam khususnya yang telah lama memperjuangkan isu berkenaan agar teks sahih Perlembagaan Persekutuan ditukarkan kepada Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan.

Isu ini tular semula apabila Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun kembali mencadangkan agar edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemahkan Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris dijadikan sebagai versi rasmi.

Cadangan teks Bahasa Melayu menggantikan Bahasa Inggeris versi berwibawa Perlembagaan Persekutuan itu bagaimanapun masih perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum boleh digunakan secara rasmi dan berotoriti sepenuhnya.

Sebelum ini pun, Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa dalam beberapa isu berkaitan telah menyuarakan kebimbangan beliau kerana masih terdapat hakim-hakim yang kurang mendapat pendedahan mengenai Sumpah Rabbani lalu dengan mudah untuk menerima Doktrin Struktur Asas atau Basic Structure Doctrine (BSD).

Beliau seringkali mengingatkan dan turut memberi penekanan bahawa Sumpah Rabbani itu adalah sebuah akidah bagi negara ini sebaliknya bukan sekular seperti yang pernah didakwa beberapa pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Mengakhiri kenyataan beliau sekali lagi menegaskan bahawa umum sepatutnya sudah lama sewajarnya mengetahui bahawa negara kita bukan sekular, sebab negara kita ada agama, iaitu Islam dan negara kita tentunya ada tuhan iaitu Allah S.W.T.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: