Tempatan

MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SERDANG, 14 Jun 2023 – Bak kut teh bakal dipertimbang untuk dimasukkan dalam senarai makanan warisan kebangsaan, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.

Jelas beliau, tidak menjadi isu untuk menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh memperkenalkan makanan tempatan khususnya kepada pengunjung luar.

BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor

BACA JUGA: Penerima B40 Akan Terima STR Sebelum Raya Haji

BACA JUGA: Kemiskinan Punca Utama Pelajar Sekolah Menengah Tercicir

“Saya akan maklumkan kepada pihak kementerian supaya isu ini dilihat secara serius.”

“Sudah tentu jika bak kut teh babi, kita akan meminta orang bukan Islam mencubanya.”

“Sebenarnya kini terdapat pelbagai variasi hidangan bak kut teh antaranya ayam, makanan laut atau kambing.”

“Jika ramuannya halal, kita akan bagi untuk yang halal mencubanya,” kata beliau selepas merasmikan Bengkel Kelestarian Pembungkusan Makanan Warisan ASEAN dan pengkomersialan untuk warisan dunia di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Langkawi, Dato’Haji Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan tentang sejak bilakah bak kut teh dijadikan makanan tradisi di Malaysia.

Keriuhan tercetus apabila Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse mengajukan pertanyaan tentang usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memastikan makanan tradisi Malaysia seperti Nasi Lemak, laksa dan termasuklah bak kut teh diangkat sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: