Isu Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA: SPRM ‘Buru’ Ejen
KUALA LUMPUR, 04 Julai 2023 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.
“Kami sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” ujar SPRM menurut laporan sebuah portal tempatan.
BACA JUGA: PERHATIAN! Fenomena Air Pasang Perbani Berlangsung 4 Hari Ini
BACA JUGA: Kerajaan Tanggung 4,000 Lesen PSV Kepada Yang Layak
BACA JUGA: Jemaah Haji Dilarang Bawa Balik Air Zamzam Dalam Bagasi
Semalam, suruhanjaya itu sudah mengambil keterangan tiga saksi termasuk menteri dan dua saksi utama warga China bagi membantu siasatan dakwaan rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden melibatkan seorang warga China di KLIA, baru-baru ini.
Manakala beberapa pegawai imigresen yang terlibat pula akan dipanggil hari ini untuk diambil keterangan.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan wujudnya rasuah seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.