Tempatan

Bangunkan Industri Jagung Bijian, Kekang Isu Kekurangan Bekalan Ayam dan Telur

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan komited membangunkan industri jagung bijian dalam negara sebagai langkah inisiatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import sebanyak 30 peratus.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh berkata, usaha itu adalah salah satu daripada perancangan jangka panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan ayam dan telur ayam.

“Selain itu, kementerian juga menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian daripada sumber tempatan berasaskan isirung sawit,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Seri Tiong King Sing yang bertanya adakah kementerian mempunyai rancangan jangka panjang dan pendek dalam menghadapi isu kekurangan bekalan ayam dan telur ayam agar isu berkenaan tidak berulang lagi sewaktu Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sebagai perancangan jangka pendek pula, Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh itu memaklumkan Kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha seperti berikut:

1. Melaksanakan pemberian subsidi kepada penternak pedaging dan petelur yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.1 bilion
2. Memansuhkan kebenaran mengeksport iaitu approved permit terhadap ayam bulat dan keratannya bermula 18 Mei 2022 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
3. Mewujudkan stok penimbal ayam untuk tempoh 7 hari dengan kapasiti berjumlah 4,536 tan metrik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: