MP Langkawi Persoal Sejak Bila ‘Bak Kut Teh’ Makanan Warisan Malaysia?
KUALA LUMPUR, 07 Jun 2023 – Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi Abdullah mempersoalkan sejak bila Bak Kut Teh menjadi makanan tradisi di Malaysia dalam Sidang Dewan Rakyat, pagi ini.
“Saya nak tanya sejak bilakah Bak Kut Teh ni menjadi makanan tradisi di Malaysia? Sebab dalam saya melihat sepuluh makanan tradisional paling popular di Malaysia tak ada Bak Kut Teh. 30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia tidak ada Bak Kut Teh,” katanya.
BACA JUGA: Tragedi Batang Kali: Laporan Siap Hujung Bulan Ini
BACA JUGA: 225 Tahun Ditutup, Mesir Buka Kembali Masjid Bersejarah Abad Ke-13
BACA JUGA: Cuaca Kering, Jerebu Melanda Malaysia Hingga September
Ahli Parlimen Batu Sapi yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan turut bersetuju dengan kenyataan daripada Ahli Parlimen Langkawi itu yang menyatakan bahawa untuk memasukkan setiap jenis makanan sebagai kategori makanan warisan, makanan tersebut haruslah boleh dimakan dan dirasai oleh semua kaum di negara ini.
Sebelumnya, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang merujuk kepada sebuah dokumentari mengatakan asal-usul Bak Kut Teh adalah berasal dari negara jiran sedangkan ia berasal dari Klang, Selangor telah mengajukan soalan berhubung hasrat pihak Kerajaan untuk menubuhkan Institut Makanan Kebangsaan bagi memperkasa dan juga mempertahankan makanan tradisi negara ini.
Terdahulu, pada 2016, pernah dikongsikan, sebuah buku bertajuk Selangor Darul Ehsan bahawa Bak Kut Teh diklasifikasikan sebagai makanan tradisional di Negeri Selangor.