Tempatan

Kemiskinan Punca Utama Pelajar Sekolah Menengah Tercicir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 13 Jun 2023 – Kemiskinan punca utama pelajar sekolah menengah tercicir, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan 13 bantuan bagi menyokong minat murid untuk meneruskan persekolahan.

Antara bantuan yang diperuntukkan ialah Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Bantuan Makanan Asrama (BMA), Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM) dan Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform (BPS).

BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS

BACA JUGA: Gaji Rendah Faktor Pelajar Tidak Sambung Belajar

BACA JUGA: Raja Salman Tanggung Kos 1,000 Jemaah Haji Keluarga Syuhada Palestin

Dalam pada itu, bantuan seperti pinjaman buku teks dan khidmat guru bimbingan dan kaunseling serta guru pemulihan turut disediakan.

Malah, KPM turut menyedari bahawa ibu bapa akan menanggung kos yang tinggi untuk menghantar anak mereka ke sekolah khususnya apabila sekolah terletak jauh dari rumah di mana ia sekali gus memberi kesan kepada kehadiran murid.

Susulan itu, KPM memperluaskan sekolah komprehensif 9 daripada 12 buah kepada 17 buah sekolah bagi menangani isu keciciran pelajar ini.

Sebelumnya, Ahli Parlimen Muhamad Ismi Mat Taib (PN-Parit) meminta KPM untuk menyatakan pendekatan dilakukan bagi membantu pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami keciciran disebabkan faktor kemiskinan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: