Sumbangan Tunai Rahmah Akan Disalurkan Sebelum Raya Haji
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2023 – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan disalurkan kepada penerima sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Demikian ujar Perdana Menteri, Dato’Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pagi tadi.
Menurutnya, STR fasa ketiga ini akan memberi manfaat kepada 8 juta penerima dan melibatkan kos belanjawan lebih RM2 bilion.
Beliau juga mengatakan bahawa golongan belia berusia 18 hingga 21 tahun akan menerima e-belia sebanyak RM200 yang akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini.
BACA JUGA: Ummi Annur, Gadis Berhijab Pertama Diterima Masuk Ke Akademi Tentera Udara AS
BACA JUGA: Kerajaan Negeri Dibenarkan Mohon Operasi Pembenihan Awan
BACA JUGA: Syarikat Bukan Islam Dominasi Produk Bersijil Halal
Lanjutan itu, Anwar berkata, sehingga Mei 2023, RM158 bilion atau 41% daripada keseluruhan peruntukan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan untuk meringankan beban kos sara hidup.
“Ini kapasiti terbaik suku tahun pertama dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.”
Jelas beliau, sebanyak RM3 bilion telah disalurkan dalam bayaran STR fasa pertama dan kedua yang dimanfaatkan oleh 8.7 juta penerima.
“Dan begitu juga Bantuan Khas Kewangan untuk pesara lebih 1 juta pesara, 1.3 juta penjawat awam, RM3 bilion untuk subsidi elektrik, RM11 bilion subsidi produk petroleum, RM800 juta bantuan awal persekolahan,” tambah beliau.
Anwar mengumumkan sedemikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) mengenai pembaharuan Kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan dan kebocoran wang awam serta adakah Kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.