Melayu Dominasi Sektor Awam: Swasta Tak Bagi Peluang Kata Tun M
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023– Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa punca mengapa Melayu yang mendominasi sektor awam adalah kerana Kerajaan sedar kaum Cina tidak akan beri peluang kepada orang Melayu dalam sektor swasta.
“Walaupun ada dasar yang mengutamakan orang Melayu, ‘secara tidak langsung, orang Cina langsung tidak memberi tempat kepada orang Melayu (dalam sektor swasta)’,” kata Tun M menurut laporan sebuah portal.
BACA JUGA: Kerajaan Madani Digesa Perketat Undang-Undang Jenayah Liwat
BACA JUGA: Tambah Jawatan Dalam Mahkamah Syariah Supaya Setaraf Mahkamah Sivil – Aminuddin Yahaya
BACA JUGA: Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan
Katanya lagi, semasa rundingan kemerdekaan, Kerajaan menyedari bahawa orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan orang Cina.
“Kami bimbang tentang masa depan orang Melayu kerana kami sedar mereka tidak mampu bersaing dengan orang Cina,” ujarnya.
“Sebab itu diputuskan untuk jawatan tertinggi, empat orang Melayu akan diberi tempat, dan kemudian bukan Melayu.”
Terdahulu, P Ramasamy mendakwa , “hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina” adalah “tidak lagi sah”.
Oleh itu, Kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh Anwar perlu membatalkan dasar-dasar yang dikatakan telah diperkenalkan oleh Mahathir.