Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Pihak polis membuka siasatan susulan tularnya kes pembuangan naskhah suci al-Quran di dalam sebuah longkang.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, pihaknya menerima aduan daripada seorang perempuan warga tempatan berusia 52 tahun berhubung penemuan naskhah suci tersebut di dalam sebuah longkang yang terletak di Tasik Sri Murni Jinjang, Kuala Lumpur pada jam 11.32 pagi, 19 Februari 2023.
BACA JUGA: Najib Razak Cadang ‘Multitier Dividen Structure’ Bantu Pencarum Berbaki Rendah
BACA JUGA: Kementerian Usaha Jadikan Tapak Arkeologi Sg Batu Tapak Warisan Dunia
BACA JUGA: Aktivis Mahu Pindaan Akta Pencemaran Lebih Berat
Namun, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 18 Februari 2023 lebih kurang jam 6.30 petang dan video berhubung kejadian berkenaan turut tular di platform media sosial TikTok.
Ada orang buang Al-Quran dalam parit. pic.twitter.com/d9bx3cU2we
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 19, 2023
Hasil siasatan mendapati, pengadu yang sedang beriadah bersama suaminya ketika itu telah ternampak sebuah beg berwarna biru dalam longkang.
Pengadu yang terlihat sebuah senaskhah al-Quran dalam keadaan terbuka dan terkeluar dari beg tersebut justeru memanggil seorang lelaki Melayu yang tidak dikenali untuk membawa naik beg berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati, sebanyak 13 naskhah al-Quran dijumpai dalam beg yang sengaja dibuang itu oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kesemua naskhah al-Quran itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci al-Quran dengan tujuan untuk mengaibkan agama serta Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama.
Sehubungan itu, pihak polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.