Tempatan

COVID-19: Melayu Lebih Ramai Mati Berbanding Cina

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 – Kadar lebihan kematian dalam kalangan masyarakat Melayu lebih tinggi berbanding orang Cina sepanjang wabak COVID-19.

Ketua Pusat Penyelidikan Institut Kesihatan Awam, Dr Shubash Shander Ganapathy memaklumkan bahawa perkara ini disebabkan tahap amalan kesihatan orang Cina yang lebih baik berbanding Melayu serta kurangnya faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) di kalangan mereka.

Masyarakat Melayu mencatatkan sebanyak 11,158 lebihan kematian, diikuti Cina sebanyak 4,054, India sebanyak 565 dan yang lain 1,375 lebihan kematian.

“Punca mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara antara Melayu dan Cina boleh dirujuk berdasarkan Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2019, di mana tahap celik kesihatan masyarakat Cina lebih tinggi sepanjang wabak COVID-19,” katanya.

Tambah beliau, kadar obesiti dan NCD seperti kencing manis dan darah tinggi dalam kalangan masyarakat Cina juga rendah.

Selain itu, masyarakat Cina juga lebih konsisten dalam mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warm) seperti yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membendung penyebaran wabak COVID-19 di tempat awam.

Kajian Institut Kesihatan Negara melaporkan pematuhan yang tinggi di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dalam mengamalkan 3W pada peringkat awal COVID-19 iaitu pertengahan tahun 2020.

Namun, pematuhan masyarakat Melayu dan India menurun pada awal 2021.

“Hanya masyarakat Cina sahaja yang kekal tinggi walaupun ada penurunan daripada 95.6 peratus kepada 84.8 peratus.”

Mengulas lanjut, angka terkini menunjukkan hampir 55 peratus lebihan kematian berlaku di hospital, manakala 45 peratus lebihan kematian berlaku di luar hospital.

Dr Shubash mendapati bahawa tiada perbezaan dalam peratusan kematian di dalam atau luar hospital, sebelum dan selepas wujudnya COVID-19 di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa tiada perubahan dalam corak mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh wabak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: