Tempatan

Bukan Perkauman Jika Melayu Cakap Hal Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 – “Apabila Melayu bercakap tentang hal Melayu ini bukan perkauman. Mereka bangsa negara ini.” Ini kenyataan tegas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, hal ini kerana, mana-mana negara di dunia apabila bangsa mereka bercakap berkenaan diri mereka, ini bukan perkauman.

“Orang Inggeris bercakap berkenaan masalah mereka dan mereka tidak dituduh perkauman.”

Dalam masa sama, Tun M turut meluahkan kekesalannya dengan kaum bukan Melayu di Malaysia dalam soal Bahasa Kebangsaan.

BACA JUGA: Pemandu E-Hailing Mangsa Sindiket Wang Palsu

BACA JUGA: PERHATIAN: Jalan Raja, Dataran Merdeka Ditutup Sehingga 13 Mac Ini

BACA JUGA: Denggi: Negeri Sembilan Catat Lonjakan 580 Kes

“Orang Cina dan India di Malaysia bertegas untuk bertutur di dalam Bahasa Cina dan India. Sebelum ini mereka bertutur di dalam dialek daerah asal mereka. Tetapi apabila China memutus untuk jadikan Mandarin sebagai Bahasa kebangsaan, orang Cina di Malaysia juga turut beralih kepada Mandarin. Sehinggakan nama mereka juga ditukar untuk ikut Cina di China.”

“Masyarakat India di India tolak Bahasa kebangsaan. Mereka bertutur bahasa daerah mereka. Dan India di Malaysia juga mengekalkan Bahasa daerah-daerah di India.”

Menurut Tun M, perkara ini berbeza sekali dengan rakyat di negara lain. Contohnya di Indonesia, Filipina dan Thailand, masyarakat Cina jadi Indonesia, Filipina dan Thai. Bahasa pertuturan di rumah juga adalah Bahasa kebangsaan negara-negara ini.

Begitu juga dengan kaum pendatang yang bermastautin di negara-negara Amerika Selatan. Mereka hanya bertutur Bahasa Sepanyol atau Portugis. Sekolah etnik tidak wujud.

“Tetapi di Malaysia, Cina Malaysia bertutur Bahasa Mandarin dan India pelbagai dialek dari daerah asal mereka.”

Justeru, Tun M menegaskan bahawa bahasa dan budaya mestilah mengikut budaya Malaysia, iaitu Melayu.

“Kita tidak menekan penukaran agama. Tetapi bahasa dan budaya haruslah mengikut budaya Malaysia, iaitu Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: