Antarabangsa

Metropolitan Polis London, Institusi Rasis & Seksis – Kajian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 21 Mac 2023 – Terdapat sebuah laporan yang dikeluarkan oleh sebuah kajian persendirian yang menyatakan bahawa Metropolitan Polis London adalah sebuah badan yang bersifat rasis, seksis serta homofobia.

Kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa lalu itu telah memberikan tekanan terhadap pemimpin baharu badan penguatkuasaan tersebut untuk membuat perubahan pada badan polis terbesar negara itu.

BACA JUGA: Proklamasi Melayu Itu Sebagai Warning Card Komitmen Agenda Melayu Kerajaan Madani – Datuk Zaharin Mohd Yasin

BACA JUGA: 5 Jam Sehari, Qatar Umum Waktu Bekerja Baharu Sempena Ramadan

BACA JUGA: Hutan Simpan Ulu Jelai Dicerobohi Puluhan Warga China, Melombong

Kajian tersebut telah menyatakan bahawa “terdapat rasisme, seksisme dan homofobia yang bersifat institusi di dalam organisasi tersebut dari segi layanan terhadap pegawai dan staf, dan juga di luar organisasi dari sudut pengawasan terhadap komuniti-komuniti”.

Laporan kajian tersebut turut menyebutkan tentang bagaimana institusi tersebut kini telah “menggagalkan wanita dan kanak-kanak”.

Kajian persendirian itu yang telah diterajui oleh Louise Casey, yang juga merupakan ahli parlimen Britain telah menemukan kegagalan yang disifatkan sebagai “teruk” dan memerlukan perubahan yang radikal.

Menyedari bahawa pengawasan dengan keizinan tidak lagi diamalkan dengan jujur, kajian tersebut menyebutkan bahawa halangan terbesar bagi memulihkan pihak polis itu adalah budaya mereka sendiri yang bersifat defensive serta tidak mengakui skala masalah yang mereka sendiri hadapi.

Komisioner bagi badan penguatkuasa tersebut, Mark Rowley yang juga merupakan pegawai polis paling senior telah menyatakan kepada para wartawan bahawa pihak mereka telah mengecewakan warga London serta telah mengecewakan barisan hadapan kami dan laporan ini telah menyebutkannya dengan sangat jelas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: