Tempatan

Tun M Lancarkan Gagasan Baharu Selamatkan Agama Petang Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 04 Ogos 2022 – Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri dijangka akan melancarkan gagasan baharu yang berteraskan agenda Melayu dan Islam, petang ini.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bakal melancarkan gagasan itu pada jam 4 petang ini bertempat di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Lapor sebuah portal, pelancaran gagasan baharu itu dilihat sebagai satu strategi antara Pejuang dengan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) serta Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bakal menjelang.

“Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” tegas beliau.

Penubuhan gagasan itu pernah disifatkan oleh Tun Dr Mahathir sebagai satu bentuk usaha dalam menyatupadukan kembali kaum Melayu demi perjuangan mempertahankan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: