Tempatan

Homestay Diselar Tidak Benarkan Pelanggan India, Hanya Cina Dan Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Julai 2022 – Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang wanita mengkritik seorang bos di sebuah homestay Airbnb kerana bersikap rasis terhadap keluarga teman lelakinya yang merupakan kaum India.

Dia dalam Twitter berkata, homestay Airbnb tersebut dijumpai ketika teman lelakinya itu sedang merancang percutian Krismas tahunan bersama keluarga.

Jelasnya, dia menghubungi hos homestay Airbnb itu untuk pertanyaan lanjut.

“Kami bercakap dalam bahasa Mandarin dan saya menanyakan beberapa soalan tentang tempat itu sebelum kami membuat keputusan untuk menempah. Ia berjalan lancar dan teman lelaki saya terus menempah tempat itu di Airbnb.”

Namun, keadaan berubah apabila teman lelakinya sendiri menghubungi hos berkenaan.

“Hos itu menyapa teman lelaki saya dan bertanya tentang bangsanya. Kami keliru mengapa ia penting. Hos itu berkata, ‘Kami hanya memberi sewa untuk orang Cina dan orang Melayu’ dan terus membatalkan tempahan kami.”

Kesal dengan tindakan hos tersebut, teman lelakinya menggelar hos itu bersifat rasis dan memberitahu bahawa dia adalah orang yang baik.

Walaupun begitu, hos itu tetap enggan memberi sewa kepada teman lelakinya dan mendakwa penyewa India sering melanggar peraturan homestay.

“Saya menelefon hos itu untuk berbincang dengan lebih lanjut dan dia berkata (dengan nada jijik) mereka tidak memberi sewa kepada orang India kerana ‘Mereka sangat kotor, mereka meninggalkan tempat itu dalam keadaan bersepah dan mencuri aiskrim homestay itu’.”

Kecewa dengan kejadian itu, wanita tersebut mempersoalkan tindakan diskrimasi kaum itu dengan hashtag #racism #racisminMalaysia.

“Kalau kaum yang tidak mengikut peraturan di Airbnb mereka adalah Cina, saya tertanya-tanya adakah mereka akan memutuskan untuk tidak memberi sewa kepada SEMUA orang Cina.”

“Mengapa mereka perlu mengenakan diskriminasi sedemikian terhadap sesuatu yang boleh diselesaikan dengan bayaran penalti?”

“Jika penyewa merosakkan harta anda, tidak kira apa warna kulit mereka, kenakanlah bayaran penalti. Bukankah itu lebih masuk akal daripada menjadikan ia isu #perkauman?”

Dia juga menyelar pihak pengurusan kerana menjadikan diskriminasi kaum salah satu ‘ketetapan’ dalam urusan sewaan.

Tweet yang dibuat pada malam Rabu kini telah mencapai ratusan ribu likes dari pengguna Twitter yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: