Antarabangsa

Pendakwah Terkemuka Ditikam Ketika Street Dakwah

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAN DIEGO, 27 Mac 2022 – Seorang ilmuan Islam yang terkenal dengan kerja-kerja dakwahnya mengajak orang ramai memeluk Islam telah ditikam oleh seorang lelaki yang menggelarkannya sebagai ‘anjing’ dan ‘pengganas’.

Ketika kejadian, Sheikh Uthman ibn Farooq sedang dalam misi dakwah jalanan di San Diego memberi penerangan kepada orang ramai mengenai agama Islam sebelum seorang lelaki dalam sebuah trak mula menjerit makian yang berbentuk perkauman dan penghinaan terhadap pendakwah itu.

Lelaki tersebut kemudian memandu mengekorinya.Tidak berapa lama kemudian, ketika Sheikh Uthman sampai ke sebuah stesen minyak, lelaki itu datang memakinya dengan gelaran ‘pengganas’ dan ‘anjing’ sebelum bertindak menikamnya.

Jabatan Polis San Diego meminta pihak yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini untuk menghubungi pihak polis.

The Council on American-Islamic Relations San Diego juga menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan.

“Kami mengecam serangan jelas mempunyai motif terhadap Sheikh Uthman dan mendoakan agar beliau sembuh seperti sedia kala,” ujar organisasi tersebut dalam sebuah kenyataan.

“Retorik kebencian secara pantas boleh menjadi serangan bermotifkan kebencian yang membahayakan nyawa serta harta benda. Kami menyeru semua pihak dalam masyarakat untuk memberi apa sahaja maklumat yang mereka tahu mengenai serangan ini dan juga menyeru pihak berkuasa bandar untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan awam bagi semua komuniti minoriti.”

Tidak berapa lama dahulu, Sheikh Uthman pernah menerima surat ancaman yang mengugutnya untuk berhenti berdakwah atau beliau akan dibunuh.

“Syaikh Uthman. Kami tahu kereta kamu. Kami tahu rumah kamu. Berhenti berdakwah atau mati!”

Sejak awal bulan Mac, pihak polis San Diego melaporkan bahawa jumlah serangan bermotifkan kebencian sudah meningkat 77 peratus berbanding tahun lepas. Lebih separuh daripada kes tersebut adalah bersifat perkauman, manakala 20 peratus lagi disebabkan oleh kebencian terhadap agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: