Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Pemain Bola Berkulit Hitam Berdepan Ciapan Rasis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 28 November 2022 – Media berita TRT World telah menerbitkan sebuah video mengenai bagaimana pemain bola sepak berkulit hitam kini berhadapan dengan pelbagai ciapan bersifat rasis.

Video yang berdurasi lebih daripada seminit itu bermula dengan ayat yang menyebut bahawa bintang-bintang pemain bola sepak Piala Dunia yang berkulit hitam menjadi bahan perkauman di laman sosial Twitter.

Klip tersebut turut menyatakan bahawa media sosial tersebut gagal untuk bertindak dalam menghalang ciapan bersifat perkauman itu dari disiarkan.

Sebelum ini, sebuah kajian yang diterbitkan oleh Center for Countering Digital Hate mendedahkan bahawa beberapa pemain bola sepak termasuk Marcus Rashford, Dougle Luiz, Gabriel Jesus dan Bukayo Saka telah diciap dengan ciapan yang bersifat menghina.

Para penyelidik turut menyatakan bahawa 99 daripada 100 ciapan yang bersifat perkauman yang telah dilaporkan ke pihak Twitter masih lagi tidak dipadam.

Video yang sama turut menyatakan bahawa sejak Elon Musk mengambil alih platform Twitter itu, terdapat peningkatan yang nyata berkenaan dengan ciapan yang bersifat rasis.

Walaupun CEO syarikat media sosial terbabit telah mengumumkan polisi baharu bagi mengatasi isu ciapan negatif atau yang bersifat kebencian, namun ciapan-ciapan yang ditujukan kepada para pemain bola sepak dunia masih belum diambil tindakan oleh Musk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: