Antarabangsa

Rasisma – Persatuan Jururawat Amerika (ANA) Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEXAS, 17 Ogos 2022 – Persatuan Jururawat Amerika (ANA) mengeluarkan satu surat permohonan maaf dan ingin bertanggungjawab kerana pada tahun 1916, mereka dengan sengaja dan secara sistematik tidak mewakili jururawat berkulit hitam dalam bidang pendidikan mahupun persekitaran pekerjaan, lapor media luar negara.

Ketua Pegawai Jururawat Pusat Perubatan Houstan, Shellisa Houston Martin berkata, perbuatan meminta maaf yang dibuat itu tidak dinafikan adalah satu perbuatan yang baik tetapi ia boleh dikatakan masih tidak cukup untuk menebus semula kesilapan yang pernah dilakukan.

“Ia masih tidak akan menyembuhkan segala luka yang ada pada jururawat bukan kulit putih. Saya rasa kami sudah maklum yang mereka berbuat sedemikian,” kata Houston Martin.

“Untuk mendapatkan peranan dalam kepimpinan atau apa sahaja, kami terpaksa bekerja lebih keras berbanding orang lain, tetapi saya fikir kebanyakan daripada kami telah sampai ke satu tahap yang berdedikasi dan bersungguh-sungguh untuk melakukannya. Saya rasa ANA harus menyokong dan mengiktirafnya,” tambahnya.

ANA yang telah menyediakan senarai untuk memperbaiki semula kesalahan mereka berkata, “Kami meminta maaf daripada jururawat berkulit hitam, profesion kejururawatan dan komuniti yang telah mengalami kerugian disebabkan tindakan kami.”

Dalam pada itu, mereka juga telah menyediakan senarai bagi memperbaiki kesilapan dan salah satunya adalah dengan mengamalkan sikap telus dalam perkauman dan etnik di antara ahli lembaga pengarah, kepimpinan dan kakitangan.

Penambahbaikan lain adalah termasuk dengan mempelbagaikan struktur tadbir urus, bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan bagi menangani isu perkauman dalam bidang kejururawatan dengan mewujudkan amalan dan persekitaran anti-perkauman serta menyokong lebih banyak kemasukan.

Leave a Reply

Back to top button