Antarabangsa

Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Australia Disiasat Isu Buli & Rasisme Pemain Pribumi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AUSTRALIA, 23 September 2022 – Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Australia, Kelab Bola Sepak Hawthorn disiasat oleh Liga Bola Sepak Australia (AFL) atas dakwaan buli dan rasis ke atas pemain pribumi.

Menurut pemain dari kelab berkenaan, mereka mendakwa bahawa mereka dikhabarkan oleh jurulatih kelab itu untuk menjauhkan diri daripada keluarga, meninggalkan pasangan mereka serta seorang daripada mereka diarahkan untuk menggugurkan kandungan pasangannya  supaya mereka dapat memberi perhatian kepada bola sepak.

“Seorang berkata bahawa kakitangan kejurulatihan meminta untuk saya meninggalkan pasangan saya dan menggugurkan anak dalam kandungannya.”

“Saya kemudian dimanipulasi dan diyakinkan untuk mengeluarkan kad SIM dari telefon bimbit supaya tiada lagi hubungan antara saya dengan keluarga saya. Mereka memberitahu bahawa saya akan tinggal bersama seorang jurulatih lain mulai malam itu dan seterusnya,” kata seorang pemain.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, pemain pribumi dalam pasukan kelab Australia sering mengadukan tentang isu buli yang dilakukan oleh orang ramai di stadium. Namun, ini merupakan kali pertama kakitangan kejurulatihan di sebuah pasukan menghadapi dakwaan perkauman yang serius.

Walau bagaimanapun, Ketua Eksekutif AFL, Gillon McLachlan menyatakan sokongannya terhadap peningkatan kaum pribumi di peringkat kelab dan tidak menetapkan kuota buat kaum berkenaan di kesemua lembaga kelab.

Ketua jurulatih kelab itu bagaimanapun terkejut dan kecewa dengan dakwaan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button