Tempatan

Perkhidmatan Awam: Ini Soal Gaji, Bukan Peluang & Perkauman – Wan Ahmad Fayhsal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal menafikan bahawa bahawa dominasi Melayu di perkhidmatan awam adalah disebabkan oleh peluang dan perkauman, tetapi isu gaji juga menyumbang kepada dominasi Melayu di sektor awam negara.

Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata ketidakseimbangan kaum di sektor awam adalah dipengaruhi oleh tangga gaji yang lebih rendah berbanding sektor swasta.

Ia boleh dilihat pada trend orang bukan Melayu dan bakat-bakat yang belajar tinggi khusus dari luar negara lebih berminat berkerja dengan Multi National Corporations (MNCs) berbanding sektor awam.

BACA JUGA: Gempa Turki, ‘Luar Biasa’ Perlu Dikaji-Pakar

BACA JUGA: Nepotisme Bukan Sekadar Isu Tiada Gaji Atau Elaun – Hanif Khatri

BACA JUGA: Merit, Kompeten Kriteria Utama Perkhidmatan Awam, Bukan Etnik

Dalam pada itu,  Wan Ahmad Fayhsal dalam hantaran Facebook juga mempersoalkan apakah yang menjadi isu sekiranya orang Melayu yang mendominasi sektor penjawat awam.

“Bukankah Melayu dan Bumiputera dari segi demografi adalah majoriti dalam negara ini?”

Beliau juga menjelaskan bahawa kaum-kaum lain di negara ini tidak pernah dihalang untuk memasuki sektor tersebut bahkan sektor awam terbuka menerima lebih ramai bukan saja daripada segi kaum tapi latar belakang pengajian untuk terjun ke dalam sektor awam.

“Bilamasa ada diskriminasi perkauman melibatkan peluang pekerjaan dalam sektor awam? Adakah beliau mengigau? Adakah DAP tidak sedar yang sudah ada penjawat awam bukan Melayu kini menerajui beberapa Kementerian?”

Justeru, Wan Ahmad Fayhsal menggesa DAP supaya berhenti bermain isu perkauman yang menampakkan seolah-olah kaum Melayu menindas kaum lain di dalam Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: