Tempatan

Konflik Palestin-Israel: Umat Islam Perlu Ada Satu Pendirian Sama – Tun M

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2021 – Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad merasakan negara Islam tidak menggunakan kekuatan untuk menentang kekejaman rejim Israel kerana mengutamakan kepentingan sendiri.

“Negara-negara Islam patutlah mempunyai satu pendirian yang sama terhadap isu Palestin. Dan dengan itu kita boleh apply pressure kepada negara-negara lain”.

“Orang Islam ini tidak pernah kaya seperti mereka kaya sekarang, tapi apa yang kita lakukan dengan duit?”

“Apakah kita guna duit itu untuk mempertahankan umat Islam ataupun kita nak hidup mewah sahaja?”

“Kita mesti ada pendirian yang sama,” tegas Tun Dr Mahathir.

Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana itu kesal kerana organisasi perdagangan dan negara Islam tidak dapat menyatakan pendirian bersama untuk menekan Israel.

Tambah beliau, kita nak harap Israel hendak ikut kehendak kita, mereka tidak akan ikut bahkan kehendak dunia mereka tidak peduli.

“Kerana dunia tidak boleh buat apa-apa kepada dia (Israel)”.

Tidak sampai 24 jam gencatan senjata diumumkan, rejim Zionis sudah pun melanggar persetujuan tersebut. Bahkan, mereka turut naik ke bumbung Masjid Al-Qibli serta mengacu senapang ke arah orang awam yang berada berhampiran.

Gencatan senjata Palestin-Israel itu berkuatkuasa pada hari Jumaat, jam dua pagi waktu tempatan, susulan 11 hari serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button