Tempatan

Kalau Nazir Razak Jujur, Dia Kena Ajukan Satu Sekolah Untuk Semua – Lukman Sherif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2021 – “Kalau Nazir jujur, beliau kena ajukan satu sekolah untuk semua. Ini asas negara. Kalau kita dari kecil sehingga dewasa dipisahkan mengikut kaum dan agama, jangan kita komplen negara makin berpisah,” ujar Lukman Sherif dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Menurut peguam itu, bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak dalam artikel terbaharunya bertajuk “Malaysians growing further apart – time for a reset, says Nazir” menyatakan bahawa masyarakat Melayu dan bukan Melayu Malaysia semakin berpisah.

Pada pendapat Nazir, ia mungkin disebabkan oleh polisi-polisi, sistem pendidikan dan keagamaan yang semakin meningkat dalam kalangan ramai.

Mengulas lanjut, Lukman berkata, apabila beliau membaca satu lagi artikel Nazir bertajuk “In plural societies, everything’s clouded by race”, Nazir dilihat masih lagi tidak faham sepenuhnya mengenai konsep pembaharuan agar negara menjadi maju.

Walaupun Nazir dilihat mula memahami dinamik negara Malaysia, namun, beliau masih tidak nampak akan selektiviti atau bias yang berlaku.

“Misalnya penentangan ICERD bukan sebab tolak anti-diskriminasi. Tetapi caranya yang membelakangkan Perlembagaan yang hanya akan memorak perandakan negara. Yang hanya mementingkan satu pihak dan memilih (selective). Nazir masih tidak nampak selektiviti atau bias ini,” kata Lukman.

Justeru, langkah pertama untuk ke hadapan adalah, memahami Perlembagaan negara merupakan kompromi bersama.

“Kita mesti melihat Perlembagaan sebagai satu kompromi. Ia adalah hasil tolak ansur/give and take. Ini bermakna kalau nak ubah, kita mesti sit down bersama secara jujur. Give and take sekali lagi untuk mencapai satu lagi kompromi jka ada kesepakatan,” kata peguam ini lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: