Tempatan

Perlembagaan: “Melayu” Bukan Merujuk Kepada Etnik Melayu – Prof. Denison Jayasooria

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Perkataan “Melayu” dalam Perlembagaan Persekutuan bukannya merujuk kepada kumpulan etnik Melayu itu sendiri, tetapi ianya merujuk kepada sebuah konstruk sosial. Berikut merupakan pendapat Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria, pensyarah Hubungan Etnik, Etnik Minoriti dan Hak Asasi Manusia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Melayu dalam Perlembagaan tidak merujuk kepada kumpulan etnik. Ianya sebuah konstruk sosial. Perlembagaan yang memperincikan siapa orang Melayu,” ujar beliau dalam sebuah forum di ibu negara Sabtu lepas.

“Saya pun boleh jadi orang Melayu kalau saya penuhi tiga syarat dalam perlembagaan, kalau saya Islam, saya bertutur dalam Bahasa Melayu, dan saya mengamalkan adat Melayu,” tambah beliau lagi.

Menurut beliau, “Melayu” daripada sisi pandang Perlembagaan adalah berdasarkan apa yang Perlembagaan tetapkan sebagai Melayu, dan bukannya merujuk kepada bangsa Melayu itu sendiri.

Dalam mengulas tentang prinsip kesepaduan sosial di Malaysia, beliau turut menegaskan bahawa dasar-dasar pentadbiran kerajaan perlu diperbaik supaya tidak melihat kepada status bangsa seseorang dan memberikan layanan yang sama rata.

Prof. Denison Jayasooria baru-baru ini telah menjadi panel dalam forum “Prinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran” bersempena sambutan 100 Hari Dasar Keluarga Malaysia. Turut bersama beliau ialah Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dan Kuhan Pillai Anbalakan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: