Tempatan

“Elaun Parking Menteri Dah Lebih Tinggi Dari Gaji Doktor Sebulan” – Luahan Doktor Kontrak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 13 April 2022 – Seorang doktor kontrak mengkritik mengenai kesusahan untuk memohon jawatan tetap kerajaan dalam bidang perubatan dan membandingkan kesusahan tersebut dengan elaun yang diterima oleh Menteri.

“Susah sangat ke nak bagi jawatan kepada pegawai perubatan? Elaun parking menteri dah lebih tinggi dari gaji doktor sebulan”.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pegawai perubatan (MO) secara kontrak di Sabah telah memohon jawatan secara tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam namun mendapat keputusan “TIDAK MELEPASI TAPISAN”.

“Keputusan: TIDAK MELEPASI TAPISAN,” beliau memaklumkan disuruh untuk mencuba lagi pada tahun hadapan.

“Disuruh cuba tahun depan. Website tidak beri panduan untuk mengisi borang. Dah isi maklumat yang tepat pun masih kata tak diisi,” keluh beliau lagi.

“Beberapa bulan berlalu. Khairy umumkan kunun ada peluang untuk dapatkan jawatan tetap. Aku pun gembira sikit lalu memohon,” ujar beliau dan turut memaklumkan bahawa kontraknya hampir tamat.

Pemilik akaun @Prabakaran Karuppiah ini juga turut berkongsi kisah sedih kehilangan kedua orang tuanya terutama ibunya yang meninggal disebabkan wabak COVID-19.

Tambahnya, walaupun mempunyai alasan yang kukuh iaitu ingin merawat ibu yang sedang sakit, ia masih tidak memudahkan proses permohonan cuti tersebut kerana status beliau sebagai doktor kontrak.

“Minta cuti rehat nak jaga mak, baru aku sedar keperitan ‘contract officer‘, ‘Maaf, tidak boleh anda tidak layak. Anda kontrak’ ‘Jika anda mahu, anda perlu meletakkan jawatan’.”

Beliau juga memaklumkan terpaksa meminta saudara mara untuk menjaga ibunya yang sakit kerana cuti tidak diluluskan ditambah pula pada ketika itu kes di Sabah meningkat selepas PRN Sabah.

Terbaru, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Zainal Rahim Seman memaklumkan akan meneliti isu doktor kontrak yang ditolak untuk diserap ke jawatan tetap selepas membuat permohonan melalui sistem SPA.

Ini selepas Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan terdapat “isu teknikal” yang menjadi antara sebab permohonan doktor berkenaan ditolak SPA.

“Saya telah (mengeluarkan arahan) untuk mencetak senarai semua mereka yang telah hilang kelayakan dan menyemak dengan MMC. Kalau ada bilangannya, maka kami akan melayakkan mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: