Aktivis Syahadah Lepas Kaji Al-Quran: “Kenapa Kamu Sembunyikan Kitab Ini?”
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
INDIA, 27 April 2022 – Seorang aktivis sosial Tamil Nadu telah memeluk agama Islam dan mengumumkan nama baru dirinya sebagai Fatima Sabarimala di hadapan Kaabah semasa menunaikan ibadah umrah.
A famous Tamil Nadu Social Activist & Teacher Sabarimala accepted Islam.
Now Fathima Sabarimala.
Hatred towards Indian Muslims led her to read the Quran & then embrace Islam.
She Said ,“Now I love Islam more than Myself “
Allahu akbar. pic.twitter.com/cVr7cy11MM— Mohammed Habeeb Ur Rehman (@Habeebinamdar) April 23, 2022
Penceramah motivasi terkenal itu berkata, kebencian terhadap India Muslim menyebabkan beliau ingin untuk membaca Al-Quran. Setelah mengetahui kebenaran Al-Quran, beliau terbuka hati untuk memeluk Islam.
“Saya bertanya kepada diri sendiri mengapa terdapat begitu banyak kebencian terhadap umat Islam di dunia? Saya mula membaca Al-Quran sebagai seorang yang neutral. Kemudian saya mengetahui kebenaran. Sekarang saya mencintai Islam lebih daripada diri saya sendiri.”
Beliau yang juga merupakan seorang guru berkata, menjadi seorang Muslim adalah satu keistimewaan dan penghormatan yang besar.
Beliau turut menyeru agar umat Islam memperkenalkan Al-Quran kepada semua orang.
“Kamu mempunyai ‘Kitab’ yang menakjubkan, mengapa kamu menyembunyikannya di rumah kamu. Dunia mesti baca ini,” ujarnya pada lawatan pertamanya ke Mekah.