Tempatan

Negeri Serambi Mekah Paling Rendah Terima Dos Penggalak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Mac 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di laman Twitternya meluahkan kerunsingan terhadap rakyat di negeri Kelantan kerana menjadi negeri tercorot dengan peratusan paling rendah mendapatkan dos penggalak berbanding negeri-negeri lain.

Negeri Kelantan mencatatkan sekitar 27.7 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi golongan dewasa di negeri berkenaan yang mengambil dos penggalak.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa negeri berkenaan kini mencatatkan 94 peratus kadar penggunaan di ICU, manakala sudah melebihi 100 peratus bagi penggunaan katil bukan ICU.

Justeru, beliau menyeru rakyat di Kelantan supaya mendapatkan vaksin dan dos penggalak sebagai perlindungan diri daripada wabak Covid-19.

Khairy Jamaluddin turut berkongsikan data semasa mengenai jumlah penerima dos penggalak bagi setiap negeri di seluruh Malaysia.

Dalam sidang media Menteri Kesihatan pada 17 Februari 2022, Khairy Jamaluddin melaporkan wujudnya jurang yang amat ketara bagi penerimaan dos penggalak dan PICKids antara kaum Melayu berbanding kaum yang lain.

Menurut beliau, perkara ini bukan dilihat daripada sudut perkauman tetapi angka itu sangat ketara di mana satu kaum menunjukkan penerimaan dos penggalak sangat tinggi dan kaum lain pula sebaliknya.

“Maka, saya rasa kalau kita tidak mengambil kira maklumat tersebut, kita tidak akan dapat melakukan intervensi yang berkesan,” jelas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: