Tempatan

SPA Sekat Lebih 46 Ribu Identiti Palsu Mohon Kerja Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 April 2023 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berjaya menyekat lebih 46,000 individu, termasuk mereka yang menggunakan identiti palsu untuk memohon kerja dalam sektor awam.

Lapor media tempatan, sebanyak 45,846 permohonan dikesan melibatkan rekod tidak sah kerana padanan nombor kad pengenalan tidak tepat, sementara 1,112 permohonan dibuat oleh warga asing atau penduduk yang hanya berstatus penduduk tetap (PR).

Manakala sebanyak 491 permohonan membabitkan individu yang disenarai hitam atau terlibat dalam penipuan pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dedah Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Menurutnya, individu berkenaan adalah antara 2.2 juta pemohon yang mengisi maklumat peribadi mereka bagi memohon kekosongan jawatan yang ditawarkan sektor awam dalam tempoh lebih dua tahun lalu.

BACA JUGA: Orang Melayu Sendiri Label Orang Sebagai Religious Bigot

BACA JUGA: I-MEDIK Gesa Pertimbang Semula Pengecualian Cecair Nikotin Dari Akta Racun

BACA JUGA: Bahas Isu Pengeluaran KWSP Ditolak, MP Pembangkang Keluar Dewan Rakyat

Ujar beliau, SPA berjaya menyekat cubaan ‘menceroboh’ sistem mereka dengan menggunakan teknologi padanan nombor kad pengenalan pemohon dalam Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA.

SPA turut mengesan cubaan pemalsuan, penyamaran dan penyalahgunaan identiti selepas disemak silang dengan maklumat di JPN.

“SPA sudah mengintegrasikan penggunaan kad pengenalan sebagai identiti pengguna dengan Sistem MyIdentity JPN bagi mendapatkan pengesahan kewarganegaraan individu yang memohon jawatan.”

“Jadi, nombor kad pengenalan individu yang diisi dalam SPA9 membolehkan kita menjana semua maklumat peribadi, kelayakan akademik, pengesahan permohonan pekerjaan, pengemaskinian maklumat serta semakan status permohonan semasa,” jelas Zainal Rahim.

Katanya, langkah ini membenarkan SPA mengesan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah pemalsuan, penyamaran dan penyalahgunaan identiti untuk memohon kerja dalam sektor awam yang dikhususkan untuk rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: