Tempatan

Jenazah Lelaki Didakwa Bukan Islam, MAIS Tunggu Keputusan Rayuan Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kini sedang menunggu keputusan rayuan Mahkamah Tinggi Sivil bagi kes guru sekolah menengah B. Raguram yanc meninggal dunia sebagai Islam atau Hindu, hampir tiga tahun sejak dikebumikan di upacara pengebumian Hindu.

Pihak berkuasa Islam Selangor dan keluarga lelaki Hindu itu ketika ini masih terikat dalam pertikaian undang-undang di mahkamah.

BACA JUGA: Tular Kes Buang Al-Quran, Polis Buka Siasatan

BACA JUGA: Aktivis Mahu Pindaan Akta Pencemaran Lebih Berat

BACA JUGA: Kementerian Usaha Jadikan Tapak Arkeologi Sg Batu Tapak Warisan Dunia

Kes ini juga sangat penting kerana ia akhirnya boleh memutuskan sama ada mayat lelaki itu akan digali untuk dikebumikan semula mengikut upacara pengebumian Islam, dan sama ada balunya yang bukan Islam dan dua anaknya yang masih kecil boleh mewarisi asetnya atau asetnya akan pergi ke perbendaharaan orang Islam.

Menurut laporan, Raguram dilahirkan dan hidup sebagai seorang Hindu, tetapi didakwa telah memeluk Islam pada 8 November 2012 di sebuah sekolah di Selangor dengan kehadiran dua orang individu.

Isteri Hindunya dan dua anak mereka mempertikaikan dakwaan memeluk Islam, kerana Raguram tidak pernah didaftarkan sebagai seorang Muslim atau mengeluarkan sijil memeluk Islam serta kad pengenalannya menyatakan dia beragama Hindu.

Namun, hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya menyenaraikan beberapa butiran mengenai penukaran agama Raguram, termasuk bukti daripada dua individu yang menyaksikan penukaran agama pada 2012, di mana dua individu terbabit adalah individu yang didakwa oleh Raguram telah mengakibatkan penukaran agamanya secara paksa kerana takut.

“Kesimpulannya, mahkamah berpendapat bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar status agama si mati. Bidang kuasa kes ini pada pandangan mahkamah ini, terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Memandangkan mahkamah telah memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini, ia tidak akan mempertimbangkan isu lain yang dibangkitkan oleh pemohon,” kata hakim itu.

Walau bagaimanapun, isteri dan dua anak itu telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 14 November tahun lalu.

Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh perbicaraan untuk rayuan itu, dan kes itu akan dibicarakan untuk pengurusan kes pada 13 Mac ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: