Tempatan

MCA Mahu DAP Buat Kenyataan Rasmi Isu Kuota Bumiputera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 – MCA telah mengeluarkan beberapa siri kenyataan dalam mengetengahkan polisi ‘U-turn’ DAP sejak bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk Kerajaan Persekutuan sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun lalu.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai penerusan sistem kuota bagi para pelajar bumiputera untuk memasuki universiti-universiti awam.

BACA JUGA: Scam Facebook, Instagram Undang Kerugian Lebih RM300 Juta

BACA JUGA: Jemaah Haji Malaysia Diiktiraf Paling Berdisiplin

BACA JUGA: Tukar Label Beras Tempatan, Jual Harga Import Bakal Didenda Hingga RM250 Ribu

Timbalan Presiden MCA, Li Tian Ker mengatakan bahawa tindakan kenyataan Anwar Ibrahim itu adalah bercanggah dengan pendirian DAP yang menolak sistem kuota tersebut serta menolak pembahagian warga negara kepada kategori “Bumiputera” dan “bukan-Bumiputera”.

Dalam mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana telah mengubah pendirian, Ti turut menyatakan bahawa sokongan parti tersebut terhadap sistem kuota adalah sangat bercanggah dengan pendirian pendahulu mereka serta ayah beliau, Lim Kit Siang yang sangat konsisten memperjuangkan sistem yang berdasarkan merit.

Ti turut menggesa Guan Eng agar mengeluarkan kenyataan rasmi dalam menarik balik pendirian lama parti dan “membatalkan segala tuntutan mereka bagi menunjukkan yang mereka kini menyedari bahawa mereka sudah melakukan kesalahan dalam tindakan mereka selama ini”.

Ti seterusnya menyatakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim itu telah menzahirkan kedudukan di dalam Kabinet yang melibatkan para pemimpin DAP.

Menurutnya DAP mesti menyatakan secara jelas dan jujur bahawa mereka bersetuju dengan kuota Bumiputera dan mengekalkan polisi Bumiputera sebagai sebuah mesej yang jelas terhadap para penyokong mereka supaya sebarang penolakan terhadap polisi tersebut tidak akan berterusan dan menjadi ancaman bagi keamanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: