Tempatan

Hanya Muslim Boleh Jadi PM, Ronnie Liu Tuntut Permohonan Maaf

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 April 2022 – ADUN DAP Sungai Pelek, YB Ronnie Liu Tian Khiew mendesak Parti Islam Se Malaysia (PAS) meminta maaf atas kenyataan “jadikan Islam sebagai syarat menjadi PM” yang disiarkan oleh Harakahdaily.

“Hanya Muslim boleh memegang jawatan Perdana Menteri? PAS, tarik balik cadanganmu dan minta maaf kepada semua warga Malaysia,” tulis YB Ronnie Liu di hantaran Facebook beliau.

Kenyataan yang dimaksudkan itu datang dari Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Khairil Nizam yang menggesa pihak Kerajaan membuat usul meminda Perlembagaan Persekutuan agar jawatan Perdana Menteri cuma dikhususkan buat rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Menurut Ir Khairil Nizam, tindakan itu selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Pahang dan Kedah yang membuat pengkhususan jawatan Menteri Besar negeri-negeri tersebut disandang oleh rakyat yang beragama Islam.

“Ini bukan rasis, ini adalah kerana menghormati orang Islam adalah masyarakat majoriti di dalam negara ini. Saya percaya, atas semangat Perlembagaan Persekutuan serta prinsip Rukunegara, cadangan ini adalah idea yang tidak asing dalam negara kita.”

“Selain itu, adalah sangat mudah untuk difahami, diterima serta didokong oleh rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai jenis kaum, budaya dan agama.”

Sebelum ini, pemimpin DAP yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette sebagai mengakui penglibatan datuk dan abangnya dalam Parti Komunis Malaya itu berkata, parti DAP tidak perlu mencairkan kecinaannya demi mendapatkan sokongan kaum Melayu.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: