Antarabangsa

Emoji “Thumbs-Up” Sah Digunakan Dalam Perjanjian – Mahkamah Kanada

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANADA, 10 Julai 2023 – Mahkamah Kanada memutuskan bahawa menghantar emoji ibu jari ke atas (“Thumbs-Up) boleh ditafsirkan sebagai bersetuju dengan kontrak.

Perkara ini berlaku selepas seorang petani, Chris Achter membalas foto kontrak yang dirangka yang dihantar oleh koperasi bijirin pada 2021, dengan emoji tersebut.

BACA JUGA: NGO Rayu Sabah Ditukar Kepada Negara Dengan Lapan Negeri

BACA JUGA: Harga Barang Dijangka Naik 20 Peratus Menjelang Oktober

BACA JUGA: Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan

Kata hakim Saskatchewan, Justice Timothy Keene, mahkamah perlu menyesuaikan diri dengan “realiti baharu” tentang cara orang berkomunikasi.

“Mahkamah ini sedia mengakui bahawa emoji “thumbs-up” ialah cara bukan tradisional untuk ‘menandatangani’ dokumen tetapi bagaimanapun dalam keadaan ini, ia adalah cara yang sah untuk menyampaikan dua tujuan ‘tandatangan’,” ujarnya.

Dalam masa sama, Keene menegaskan bahawa mahkamah “tidak boleh (mahupun patut) cuba untuk membendung arus teknologi dan penggunaan biasa emoji susulan keputusan penggunaan emoji “thumbs-up” dalam kes itu.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan Chris Achter untuk membayar ganti rugi 82,200 dolar Kanada (RM 288,661.11) selepas gagal menghantar 87 tan metrik rami pada bulan November 2021 kepada pembeli bijirin yang bernaung di bawah South West Terminal.

“South West Terminal menghantar mesej teks besar-besaran kepada pelanggan pada Mac 2021, mengiklankan bahawa syarikat itu sedang mencari untuk membeli 86 tan rami pada harga C$17 (RM59.81) setiap gantang,” lapor portal antarabangsa.

“Achter, yang tinggal dalam komuniti Swift Current, membalas dengan emoji “thumbs-up”. Tetapi Achter tidak menghantar rami pada bulan November – dan pada masa itu, harga untuk tanaman telah meningkat.”

Ini mendorong koperasi tersebut untuk menyaman atas pelanggaran kontrak, yang menegaskan emoji itu bersamaan dengan pengesahan perjanjian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: