Tempatan

Kerajaan Perak ‘U-Turn’ Tak Jadi Halau 19 Kuil Dari Tanah Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 12 Januari 2022 – Pejabat Tanah dan Galian Perak menarik semula perintah mengusir 19 kuil yang dibina di atas tanah milik kerajaan di daerah Kinta setelah sesi perbincangan dengan wakil daripada Malaysian Chinese Association (MCA) dan kuil-kuil tersebut pada Isnin lalu.

Pada 7 Januari lalu, Pejabat Tanah dan Galian Perak telah menyerahkan surat perintah pengusiran (eviction notice) kepada 19 kuil yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.

Susulan daripada itu, Pengerusi parti MCA negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon telah berjumpa dengan wakil-wakil daripada kuil yang berkenaan pada Ahad, 9 Januari 2022.

Pada Isnin 10 Januari 2022, wakil daripada parti MCA dan 19 kuil yang terlibat bertindak mengadakan sebuah pertemuan dengan pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi membantah pengusiran kuil-kuil tersebut.

“Saya juga akan membantu ahli jawatankuasa kuil untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi menyelesaikan isu ini untuk jangka masa panjang,” ujar Dr. Mah Hang Soon dalam kenyataan media beliau baru-baru ini.

Pejabat Tanah dan Galian Perak dalam pertemuan tersebut membuat keputusan untuk menarik semula perintah pengusiran yang diberikan dan mengiktiraf tapak-tapak kuil tersebut sebagai sebuah tapak budaya dan sejarah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: