Jawatan Timbalan Menteri, DAP Hantar 6 Calon
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 07 Disember 2022 – Democratic Action Party (DAP) dilaporkan menghantar enam nama calon untuk jawatan timbalan menteri untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nama yang dicadangkan ialah Teo Nie Ching (Kulai), Liew Chin Tong (Iskandar Puteri), Chong Chieng Jen (Stampin), Chan Foong Hin (Kota Kinabalu), Young Syefura Othman (Bentong) dan Steven Sim (Bukit Mertajam).
Manakala kementerian yang menjadi sasaran DAP adalah Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perladangan Dan Komoditi.
Walaupun mengemukakan enam calon, kemungkinan tiga hingga empat sahaja calon DAP yang diterima, dan secara keseluruhannya PH dijangka mendapat 15 jawatan dengan PKR memperoleh antara tujuh hingga sembilan jawatan.
Selain itu, BN kemungkinan mendapat tujuh jawatan, tanpa MCA dan MIC.
Proses pelantikan timbalan menteri dalam barisan Kabinet dijangka akan selesai dalam satu hingga dua minggu lagi.