Scam Facebook, Instagram Undang Kerugian Lebih RM300 Juta
KULAI, 10 Julai 2023 – Aktiviti penipuan dalam talian menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram mengakibatkan kerugian lebih RM300 juta sejak 2021.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, “Pada 2021, kerugian berjumlah RM80 juta telah dilaporkan untuk penipuan Facebook sahaja, ini diikuti dengan RM92 juta pada 2022 dan sehingga Jun tahun ini, RM60 juta telah hilang melalui aktiviti haram itu.”
Manakala, katanya, bagi Instagram, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak RM20 juta (2021), RM25 juta (2022) dan RM25 juta pada separuh pertama tahun ini.
BACA JUGA: Harga Barang Dijangka Naik 20 Peratus Menjelang Oktober
BACA JUGA: Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan
BACA JUGA: Cipta Lagu Hina Mekah & Madinah, Netizen Tuntut Polis India Ambil Tindakan
Menurut Teo, walaupun platform berkenaan memberi kemudahan besar kepada orang ramai, ia juga meletakkan pengguna pada risiko jenayah siber.
Jelas beliau, terdapat ramai penjenayah yang menggunakan media sosial untuk aktiviti haram sedemikian dan pihaknya menggesa orang awam supaya tidak mudah terpengaruh dengan penipuan tersebut.
Mengulas lanjut, Teo telah berjumpa dengan wakil Meta Platforms Inc (Meta) untuk membuktikan betapa seriusnya isu itu dan mereka berjanji untuk menambah baik usaha dalam membendung fenomena membimbangkan ini.